Tuesday, 4 June 2013

Ouhh, Rupanyaaaaaaa...

         cuti cuti malaysia ni apa lagi yang boleh saya buat kalau bukan merepek dekat cik blog ni. padahal banyak lagi kerja yang lebih bermanfaat lagi berfaedah lagi berkualiti yang boleh dibuat kan? saje je pilih untuk merapu-rapu tapi takdela sampai jadi ikan kerapu untuk meluangkan masa yang berlalu macam ditiup-tiup angin monsun yang entah dari mana datangnya. 
start daripada hari first cuti sem saya mula sampai la hari ni memacam benda yang jadi. yang baik, yang menghappykan hati, yang sedih, yang buruk, yang menyampah dan semualah 'yang yang' yang terlibat datang bagaikan diuli-uli menjadi satu adunan. mudah-mudahan tak ada lah perkara yang tak diinginkan jadi. dan mudah-mudahan jugak kita semua ni sentiasa berada di bawah lindungan rahmatNya.
cakap pasal benda yang buruk tak berapa nak buruk ni kan. teringat al-kisah bukan unta di padang pasir tapi perihal bau bangkai yang menharumkan satu rumah dan yang seisi dengannya. cemana jadi? cemni jadinya. kami satu family baru je lepas balik dari bercuti semalam. sebelum sampai rumah memasing dah berangan-angan sampai tinggal kenangan bila sampai je rumah terus nak restkan badan. nak tidur cecukup la kononnya. sekali.......bila sampai je rumah. bukak je pintu rumah semua dah terdiam bau apa la pulak yang busuk sangat ni. bau tu jangan cakap la. rasanya kalau hidung ni boleh bercakap terus dy mintak resign daripada terus berkhidmat rasanya sebab tak tahan nak hidu bau tu lagi. bau busuk tu rasanya macam lori sampah parking kejap kat dalam rumah. boleh bayang tak cemana busuknya? (u_u) rupanya bau tu datang dari peti sejuk sebab plug peti sejuk tu off. eh, siapa punya kerja la kan yang tutup plug ni sesedap rasa. semua pelik. siasat punya siasat ala-ala detective conan rupanya ayah punya kerja. hai la ayahhh. haha. habis semua ikan, daging dan segala macam benda yang membekukan diri dalam peti sejuk tu semua busuk. apa lagi daripada angan-angan nak rehat terus tukar jadi kenangan yang memenatkan sebab kena kemas satu rumah. hihi. bau tu pekat sangat. sampai rasa nak aje mandikan rumah ni dengan febreze 7 hari 7 malam. tak pun sumbat dalam washing machine kasi spinkan sekali. pesanan daripada pihak penaja sebelum bercuti check dulu apa-apa yang patut sebelum tinggalkan rumah ya. :)

apesal nampak macam kurang ketinggian ni? (T_T*)


selamat petang dan semoga hidup kita sentiasa diberkatiNya. ameen. inshaa Allah. :)



No comments:

Post a Comment